27 June 2011

Bina Hidup Baru.

Salam Isnin Buat semua. InsyaAllah, Mulai Esok nik akan pulang ke kelantan untuk bina hidup baru, mula mencari rezeki di bumi serambi mekah itu..insyaAllah rezeki yang di perolehi untuk membantu keluarga nik. dan untuk simpan diri sendiri..semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan dalam diri ini dalam mencari rezeki dan menjalani hidup di atas muka bumi MU Ya Allah...


Buat masa ini, nik akan kuatkan semangat dalam melawan perasaan rindu yang kuat ini. semoga nik tabah dalam hadapi apa2 kemukinan. nik nak yang terbaik buat Si dia dan nik.

Ya Allah, Kuatkan Iman ku, Kuatkan Semangat Ku dan tabahkan hati ku dalam hadapi ujian2 MU Ya Allah...amin..

26 June 2011

Selagi Ada Sayang.

Ya Allah, Allah Maha Besar, aku berserah kepada Mu, Ya Allah, Kuat nye ujian mu pada aku hari ini. aku tahu engaku berikan ujian itu untuk aku lebih tabah dan kuat dalam hadapi ujian ini..

Aku tahu bukan senagn untuk aku jaga dan pelihara hubunagn aku dengan Si Dia dengan perbagai ujian ini..tapi insyaAllah aku akan tabah dan aku selalu berdoa agak hubungan kami kekal hingga akhir hayat. walapun dengan perbagai ujian dan halangan yang aku tempuh sekarang, aku berharap dia dapat bertahan dan selalu lah memohon kepada Allah s.w.t supaya hubungan kami kekal..

Niat aku jujur dan iklas untuk jadi kan Si Dia isteri yang sah dan halal bagi aku..

Buat Nurul Syazwani : selalu lah berdoa dan memohon kepada Allah agar hubungan kita kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah selagi ada cinta dan sayang awak kat abang, selagi itu abang akan sayang dan cinta kepada awak,

Ya Allah, Jauhilah kami dari gangguan syaitan dan perkara2 yang buruk dalam hubungan kami.. Amin.

23 June 2011

kembali ke kelantan?

InsyaAllah, nik dah plan nak balik kelantan dalam 2,3 hari ini..nak jadi agen pembiayaan peribadi MBSB denagn pak sdara nik. dan pada masa sama nik kan buat juga bisnes Jus Manggis Shemlin Bina dan kalau ada rezeki nak buat bisnes Emas PG...kalau sempat boleh jumpe orang T'sayang kat sana..harap-harap dapat jumpe dia sebelum dia pergi sambg stdy nurse kat Kulim Kedah.

nik selalu mendoakan moga si dia dapat menajalani hidup seorang nurse dengan baik..dan tak kan lupakan nik apa bila ada kat sana..perancangan banyak yang nak buat, tapi belum stat lagi. insyaAllah nik akan ushakan untuk lalukan.

harap doa kawan-kawan dan sahabat semua dapat membantu nik dalam mencari rezeki di atas muka bumi Allah s.w.t...

Ujian dalam bercinta?

Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati ini bila mendengar seorang yang amat kita sayangi katakan "LOVE U TOO" kepada ahli keluarag( 2 pupu dia) yang blh khwin dengan dia.. dan tiba2 badan trus megigir macam megigir kene deman panas atau megigir kelaparan...cukup dasayt, aku pun tak tahu kenapa tiba2 tejadi begitu, kejutan kaut sangt kot..cepat2 aku beristifar..

pekara sama juga aku rasa bila melihat dia tidak menutip araut,.Ya Allah, aku cukup rasa aku begitu besalah, kerana selama ini aku tidak menasihati dia supaya menutup araut..memang salah aku, tp aku cuba nasihat nya pada petengahan pehubungan kami..tapi agak sukar dia menerima nasihat ini..hanaya doa sahaja yang aku mampu untuk mengubahnya..kerana jika aku nasihat, aku takat dia tidak dapat menerima teguran dan nasihat.

aku harap aku dapat mendidik sorg wanita untuk menjadi wanita solehah dan ibu yang misahli kepada anak-anak ku...wapun pun selama ini aku tidak begitu sempuna. tapi kini aku ingin berubah.Ya Allah, tolong hamba mu ini dalam kembali ke jalan yang benar semoga aku dapat mendidi Isteri ku menjadi isteri yang solehah dan taat pada Allah, Rasul dan suami serta ibu bapa nya..amin.

22 June 2011

Nama Anak-Anak umi

Dulu umi ada bagitahu yang kalau dapat anak laki nak bg nama ni n kalau dapat anak perempaun nak bagi nama ni...tapi sayang umi dapat semua anak laki, 3 orang anak umi semua lelaki, so umi bagi lah nama laki kat bawah ni...kat bawah ni ada 3 nama laki n 3 nama perempauan yang umi simapan nak bagi

anak sulung
NIK MOHD AFIQ kalau perempaun NIK NUR AFIQAH
anak kedua
NIK MUHAMAD HANIF RUSYDI kalau perempaun NIK NUR HANIFAH RASYIDAH
anak ketiga
NIK MUHAMAD SYAHMI SYAZWAN kalau perempaun NIK NUR SYAMIMI SYAZAWANI

dan last kali ini umi simapan nak bagi kat cucu dia..hehehe
NIK NUR FARAH HABIBAH
tak tahu sapa yang dapat guna nama ni dulu..harap2 nik dapat guna lah..eheh..so kene cepat-cepat khwin lah...

16 June 2011

Seorang persakit strok yang menagis kerana pulih

Alhamdulilah, semalam nik ada terima kunjungan tetamu dari jiran 1 blok. seorang persakit strok dan lumpuh sebelah badan selama 4 tahun, tetapi, kini dia sudah boleh berjalan sendiri tanpa bantauan sesiapa.

seorng pak cik 50-an yang cukup tabah hatinya dalam mengaharungi hidup ini, 1 famly nik cukup happy dengan perubahan kesihatan nya, kenapa? kerana kemi terlah menbantu jiran yang sakit menjadi sahat..walapun bantuan hanya lah dengan 1 kotak jus manggis, tapi dia cukup bermakna bg En Baharudin. semoga En Baharudin masih kuat dalam meneruskan kehidupan dan semoga cepat kembalik sihat sediakala.amin

13 June 2011

Berapa Harga Isteri Anda..???


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua
Kalau isteri rela berpoligami lagi besar pahalanya...( double Extra ) .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini