15 December 2012

Sudah Lama Menyepi Akhirnya Berjumpa lagi

Salam Sabahat2 Semua, dah lama nik tak tulis blog ni kan? kenapa lama nik tak tulis blog ni? agak sibuk, bila nik nak stat kadang-kadang tiada idea nak tulis ada juga masa nik tak ingt paswod..heheh

ok sekarang ni nik di rumah Putrajaya, nik kerja di Yayasana Kebajikan Negara dah nak masuk 1 tahun 26/1/2012 hingga kini. Alhmdulilah rezeki nik dengan YKN panjang,. dan bisnes EMAS pun Alhmdulilah, wapun tak laju macam dulu tp masih ada lagi,

OK nnt nik update lagi pejalan hidup ni. kita sama2 tunggu..

26 February 2012

Aku Di Mana Sekarang?


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. semoga anda sihat, kaya dan bahagia di samping keluarga, Alhamdulilah, hari ini 26/2/2012 sempat nik update blog ni yang dah lama tak di update dengan kisah-kisah nik, nik tulis kat cini untuk anak cucu baca nanti dorg dah besar.hehehe

Alhamdulilah nik sekarang dapat mencari rezeki dan mencari pengalaman yang tidak dapat di beli di mana-mana pun, itu nik bekerja di YKN, YKN itu apa?? Yayasan Kebajikan Negra tetapi bukakan lah tetapi cuba Kontrak bawah peruntukan projek NKRA yang Najib umurkan tempohari,

nik dah kerja kat sana 26/1/2012 dan sudah 1 bulan nik kerja, macam-macam pengalaman yang dapat di rasa semasa di sana, niat nik sebenya, cuma nak cari rezeki sedikit dahulu dan pengalaman, insyaAllah kalau ada rezeki dan pengalaman lain, nik akan ambik iaitu pengalam berniaga di pasar, kerana ni lah yang nik impi2kan, bukan bekerja makan gaji full time, bukan nik tak suka, cuma nik rasa lebih seronok dan selesa mencari rezeki dengan berniaga, rasa puas kalau ada rezeki yang dapat melalaui titik peluh sediri,

walapun cabarang dan dugaan dalam berniga ni banyak, insyaAllah semoga Allah memberi nik kekuatan untuk nik teruskan niat dalam berniaga ni, di hati kecik nik, sebelum aku berkhawin, aku nak berniga, kerana aku nak sara anak dan isteri aku dengan hasil titik perluh dengan berniaga, kenapa nik nak pengalaman berniaga? kerana kalau terjadi apa2 sahaja dengan pekerjaan kita, kita boleh lagi mencari rezeki, dan tidak terkapai-kapai.



dan insyaAllah pada masa sama buat masa sekarang, nik akan mencari dan mencuba lakukan sesuaitu untuk terus dalam dunia bisnes nik. dan jika semua dah ok, insyaAllah nik akan beralih kepada bisens nik, kerana ni sahaja yang dapat memberi apa yang nik mahaukan,

itu sahaja bt masa ni, insyaAllah ada masa lagi, nik update lagi blog ni,, Salam

11 January 2012

Dinar dan Dirham Penyatu Umah.

Klik Pada Gamabr untuk mengetahui harga Semasa.


1. Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar. Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12 Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)

2. Apakah itu Dirham Kelantan?

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)

3. Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?

Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

4. Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?

Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com atau boleh Hubungi Saya Terus di talian 016-5551258, untuk maklumat lanjut.

5. Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh dibelanjakan?

Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".

6. Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?

Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

7. Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:

Surah Imran (3):75 yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).";

Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitubeberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."

8. Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?

Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham.

9. Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?

Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.

Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (HR. Muslim).

10. Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?

Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.

11. Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?

Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

12. Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?

Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyai ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

13. Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?

Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

14. Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?

Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

15. Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?

Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja.Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.

16. Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?

Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293

17. Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan? Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.



<span class=Frredom">

07 January 2012

Salam 2012

Salam kepada semua sahabat-sahabat, kini kita dah masuk tahun baru tahun 2012, tahun yang penuh cabaran, sepanjang tahun 2011 nik dah banyak pengalaman yang nik dapat, Alhamdulilah, Allah masih memberi nik kesihatan dan rezeki lagi sepanjang tahun 2011.

Nik dah lama tak update blog ni kan? bukan sibuk tapi nik buat-buat sibuk.hehehe, nik ni jenis kalau ada mood baru nak tulis blog, kalau mood takde, nik takan tulis.

Alhmdulilah, pada awal bulan 12 tahun 2011 nik dah dapat manjadi agen untuk Dinar Dirham kelantan, dan akhir bulan 12 nik dah rejester jd dealer syarikat GOLDCREST PAVILION SDN BHD ( GCP) so sekarang ni nik dah stat jual Dinar, Dirham, Jongkong Emas, Barang Kemas, dan Perak(silver) Alhamdulilah rezeki nik dapat apa yang nik hajati, insyaAllah nik akan ushakan lagi untuk lebih berjaya dalam bidang perniaggan ini,

untuk maklumat semua sahabat-sahabat nik dah behenti kerja di Magex Gold Trade, atas sebab-sebab tertentu, dan nik dah mulakan langkah pertama nik untuk jadi ushawan, walapun agak sukar, insyaAllah dengan bantuan dan sokongan dari famly dan kawan-kawan serta "nerse" serta rahmat dan pertolongan dari NYA, insyaAllah nik dapat hadapi jua,

ni antara produk yang nik jual

Dinar Kelantan KGT



Dirham Kelantan (KGT)

untuk mendapat maklumat tentang kegunaan atau kegunaan dinar dirham boleh layari website nik http://www.dinartrading.com.my/home

Produk GCP-Barang Kemas, Gold Bar, Dinar

Gold bar 1g, 10g, 20g, 50g, dan 100g
1Dinar
Barang Kemas 999 dan 916
Rantang Tangan Pasir Padu
Rantang Tangan Gajah Padu
Rantang Lehir Gajah Padu
Rantang Tangan Melor


ni antara website nik,


insyaAllah ada masa lagi nik akan update lagi hasil kerja nik dan percapaian nik dalam hidup, kalau sapa-sapa berminat nak dapatkan khidmat nasihat atau untuk memilik barang-barang di atas boleh terus hubungi nik di talian 016-5551258, insyaAllah sudi melayan soalan-soalan dari sahabat2 semua, Tq, Assalamualaikum.




28 November 2011

Pejalanan ku yang jauh

salam semua sahabat-sahabat ku, lama betul nik tak tulis blog ni, sibuk dan xde mood n idea nak tulis blog, tak tahu npe tiba2 rasa nak tulis blog lak malam ni,

dah lama kan tak dengan kabar nik kan? nik sihat je, lama tak tulis blog ni, cz nik keje skrn ni, keje kat ne? keje kat sebuah syrikat pelaburan emas? nama apa? Magex Gold Trade, syrikat yang bt trading emas dan jual jongkong emas. nik keje situ dah masuk dua bulan, nik stat keje 22/9/2011, nik keje sebagai Bisnes Depv, skrn ni dah msuk 2 bulan dah,

skrn ni nik dah stat bukak syrikat baru sama ayah, atas nama NZ SERIBU D'NA TRADING, nik jd agen dinar dan dirham kelantan bt masa ni, insyaAllah, ada rezeki, nak juga jual jongkong emas, insyaAllah.

ada masa kita bejumpa lg, jemput ke blog baru nik http://inforemas.blogspot.com/

21 September 2011

Sepanjang September.

Assalamualikum kepada sahabat-sahabat semua, Alhamdulilah Semalam 20/9/2011 nik dapat panggilan temuduga di sebuah syarikat di Bangi, petang lepas temuduga dah dapat panggilan utk mula kerja esk, 22/9/2011..Alhamulilah rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.. kemukinan besar nik kerja waktu malam. 9malam-6pagi. bahagian bisnes develomen.. syariakt yang menjual emas.

MAGEX GOLD TRADE adalah syarikat yang nik katakan tadi. beroperasi di Seri Bangi, Banda Baru Bangi.. Semoga Allah pemudahkan setiap urusan nik..

Sebelum tu, nik balik kelate pada 16-18 september, jmpe "nurse"... untuk mendapat rawatan..
nik sakit pe???? nik sakit rindu..hehehe, rindu kat "nurse" yelah dah 5bulan tak jumpe,. 1 hari bersama denganya. rasa heppy je. Harpa2 lepas khwin pun stil dapat kekalkan macam ni..

esok 22/9/2011 mula lah hari dan hidup baru bagi nik. niat nik dalam mencari ilmu dan simpan utk masa depan.

dan kalau ada rezeki dalam masa kerja pun nik akan usha nak tambkan pendapat, myb dalam bentuk berniaga..Semoga Allah pemudahkan nik mecari penigaan yang sesuai dan dalam menambahkan pendapatan harian..amin..

04 September 2011

Indahnya jika isteri bagai kan anna althafunnisa.

Salam 6 Syawal..Masih belum telamabat nik nak ucap Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. kalau-kalau ada atikel nik tulis yang terkasar bahasa atau ketelalauan, harap dapat di maafkan insan yang lemah ini..

nak tanya. kawan-kawan penah nonton filem Ketika Cinta Bertasbih Movie 1&2?? jika anda penah tengak filem cinta islamic yang penuh dengan pengajara bagi muda mudi yang ingin becinta dan berumah tangga, agak ada basatan dalam pergaulan..

filem Ketika Cinta Bertasbih juga ada dalam derama sebanyak 55 episode, kalau kawan-kawan nak tagak boleh ke sini . dalam filem ini ada satu watak yang bernama anna althafunnisa, watak sebagai seorang isteri kepada Abdul Azam dan anak kepada pemilik "pesantrin" pondok,

nik nak cite cikit tengang watak yang bernama anna althafunnisa ni. apa yang nik napak kareter dalam watak yang di lakokan
1- Seorang wanita yang solehah, yang taat pada perintah Allah dan bepegang pada agama yang kuat
2- Taat pada suami,
3- Seorang Ustzah di pesantiran milik bapanya.
4- Lulusan Univesiti Al-Azhar Khiro Mesir,
5- Seorang anak yang baik kepada kedua ibu bapa
6- Seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya. dan dirinya hanya untuk suami nya sahaja.
7- Seoran wanita yang cantik.

dan cikit tengan Oki Setiana Dewi
lahir pada 13 Januari 1989- sama tua dengan nik lah.

di bawah ni antar Gambar-gambar anna althafunnisa aka Oki Setiana Dewi :



















Nik harap kawan-kawan yang belum lagi menonton filem ini, boleh lah tengak, rasa indahnya jika Cinta dan Kasih Sayang yang di bina atas landasan Ilman dan Taqwa kepada Allah.